21 April 2008

Penasihat @Pengampu?

Assalamualaikum w.b.t.

Allah s.w.t. berfirman; " Hanyasanya orang yang takutkan Allah itu dari kalangan hambanya adalah orang-orang alim"
Namun, di sana Imam Al-Ghazali membahagikan golongan ulama' atau orang2 alim ini kepada 2, iaitu Ulama' akhirat dan Ulama' dunia atau dengan istilah lain, ulama' khair dan ulama' suu'
Ulama akhirat adalah ulama' yang amanah dengan ilmunya dan berpegang teguh dengan prinsip Al-Quran dan Assunnah dan berhikmah dalam berijtihad. Manakala ulama' dunia pula adalah sebagaimana sebaliknya.
____________________________________________
Fudhail bin Iyadh:
Ketika beliau diminta nasihat oleh kerajaan Harun Ar-Rasyid untuk membetulkan tindakannya, tanpa rasa gerun, mengampu dan sebagainya beliau berkata; " Hai orang yang berwajah rupawan, andalah yang akan dipertanggungjawabkan Allah yang Maha Kuasa di hari kiamat nanti. Apakah anda mampu menyelamatkan wajahmu itu? Ingatlah mulai hari ini bersihkan hatimu daripada kecurangan dan penipuan terhadap rakyat. Kerana Rasulullah pernah bersabda;" Barang siapa pada setiap pagi hari hatinya masih berfikir menipu rakyatnya, orang tersebut tidak akan dapat mencium bau syurga"
____________________________________________
Imam Ahmad bin Hambal:
"Andaikata kami mempunyai dakwah yang dipenuhi, tentu kami akan berdakwah kepada para pemimpin"
Kerana dengan kebaikan pemimpin, sekian ramai manusia juga menjadi baik.
____________________________________________
Qard jr:
Jangan hanya sekadar makan gaji, tapi berusahalah untuk berdakwah dengan cara yang paling berhikmah. "Tak mampu buat semua, jangan ditinggal semua". Takutlah kepada Allah mengatasi takut kepada manusia.

20 April 2008

Keadilan Islam untuk semua..



______________________________________________

Tiada ucapan selain syukur yang dapat kita ungkapkan melihat perkembangan yang sedang berlaku di seluruh negara sekarang.
Rakyat bukan Islam sudah mula menyahut tawaran jaminan keadilan dan rahmat Islam kepada mereka. Sekian lama musuh2 Islam cuba menanam persepsi yang sangat buruk mngenai Islam kepada mereka. Namun kini, Alhamdulillah mereka tanpa segan silu turut bertakbir bersama kita.
______________________________________________
Qard jr:
Diutuskan Islam menjadi rahmat buat seluruh alam.

Hak untuk mendapat biasiswa dijamin perlembagaan persekutuan.

Assalamualaikum w.b.t.

Sahabat2 sekalian,
Entah kenapa sejak akhir2 ni tergerak hati nak belek2 buku perlembagaan persekutuan yang sebenarnya dah lama saya beli kat kedai buku kat kampus.

Maka, dalam duk belek2 tu saya tertarik kepada perkara 153 (2) yang menyatakan hak pelajar bumiputera untuk memperolehi biaya siswa yang merupakan sebahagian daripada hak2 istimewa orang Melayu sebagai timbal balik kepada pemberian hak kerakyatan yang menjadi kontrak sosial antara kaum di negara ini.

Jadi pada pendapat saya, kalau betul nak bela ketuanan dan hak2 Melayu.. perjuangkanlah.. kenapa nak berniaga dengan student?
_______________________________________
Perkara 153 (2) Perlembagaan Persekutuan:

Yang Dipertuan Agong (YDPA) hendaklah menjalankan tugas2nya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang2 persekutuan mengikut apa2 cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (bukannya UMNOPUTERA saja) mana2 negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana2 negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain2 keistimewaan pelajaran..
_______________________________________

Qard jr:
Sudah sampai masanya untuk kembalikan semula hak belajar secara percuma kepada rakyat...

19 April 2008

Perkudakan JAKIM untuk zalimi mahasiswa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini mencadangkan supaya pihak JAKIM yang berada di bawah naungannya mengadakan muzakarah mencari dalil dari nas dan sirah bagi menghalalkan riba yang dikenakan keatas mahasiswa yang meminjam PTPTN.

Riba sebanyak 3 % yang dikenakan kepada setiap peminjam bukan saja membelakangi perlembagaan persekutuan yang menjamin hak mendapat biasiswa oleh mahasiswa Melayu khasnya, malah 'memaksa' pelajar berhutang dan di jerut dengan kadar riba yang sangat tinggi. (Sikit pun Haram, Banyak apatah lagi)
____________________________________________
Petikan Media:
Berikutan itu, PTPTN menyatakan pendirian tidak akan melupuskan caj perkhidmatan kerana kos tersebut digunakan untuk menampung faedah yang dikenakan terhadap pemberi pinjaman terutama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ahmad Zahid berkata, biarpun PTPTN sudah membuat penjelasan berhubung perkara itu, namun masih ada pihak mempertikaikannya.

Sehubungan itu, katanya, perlu ada bukti yang menyatakan caj perkhidmatan PTPTN bukan merupakan caj berbentuk faedah tetapi caj kepada perkhidmatan yang diberikan. ''Bagaimanapun, pada hemat kerajaan, caj yang dikenakan masih rendah dan munasabah. ''Ia bukan faedah kepada peminjam tetapi lebih kepada caj perkhidmatan untuk menampung sebahagian daripada kos pengendalian wang PTPTN,'' katanya.

Jelas beliau, golongan yang mempertikaikan mungkin sengaja mencari alasan untuk memprotes dengan tidak mahu membayar caj faedah.
___________________________________________
Qard jr:
Pernyataan ini sangat tidak prihatin kepada nasib golongan mahasiswa keseluruhannya. Moga Allah memerdekakan semua mahasiswa dari dosa riba yang menyekat keberkatan ilmu mereka..
___________________________________________
Sahabat2 boleh mendapatkan pandangan lanjut mengenai hukum PTPTN di website ini:

15 April 2008

Terima Kasihku Pada Sahabat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah rabbul Jalil diatas nikmat yang tak terhitung banyaknya yang direzkikan kepada saya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah, qudwah hasanah yang terunggul.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan kepada sahabat- dan sahabiah yang sudi mengingati hari ulang tahun kelahiran saya ke dunia yang penuh pancaroba ini. Syukran Jazila.

Sahabat,
Bila kita kenang semula waktu kita mula2 dilahirkan oleh bonda tercinta dengan penuh pengorbanan menggadai nyawa. Alangkah terhutang budinya kita kepada beliau. Namun, setelah pandai berdikari, di manakah mereka di hati kita? Semoga Allah memberkati setiap yang memuliakan ibunya.

Sahabat,
Tika itu kita dalam keadaan fitrah, bersih dari segala kekotoran dunia. Hati selembut sutera, sangat mudah menangis mengenangkan kekotoran dunia. Tapi kini, setelah terpedaya dengan dunia, susahnya mata ini nak menangis, degilnya hati ini nak menginsafi kekhilafan dengan Tuhan. Seronoknya menelan dunia, mentakhtakannya di singgahsana hati. Duhai jiwa, sedarlah hanya yang bersih sejahtera diterima Tuhanmu. Kau kini kotor, berselaput noda, derhaka, lagha. tiada tempat bagimu di sisi Tuhanmu melainkan yang bertaubat nasuha.

Sahabat,
Bersempena dengan hari ulang tahun kelahiranku ini, aku bermohon pada Allah kurniakanlah lagi hidayah seperti yang pernah aku kecapi dulu.. tika aku masih fitrah. Hatiku hidup segar bugar, mampu menghidup segarkan hati yang lain. Ya Allah, Janganlah Kau biarkan aku terpaut lagi dengan dunia.

Sahabat,
Saya mohon keampunan dari kalian, atas kekhilafan, ketelanjuran, kejahilan selama menumpang di dunia kalian. Saya amat mengharapkan tegur marah kalian jika saya tersilap lagi. Terima kasih sahabat.