17 March 2008

Kau Sahabat Kau Teman..


Monolog hamba...

Wahai diriku, mengertilah…

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
agar sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
merasa terpikul amanah ad-deen ini,
bukan kerana kau berjemaah,
namun kerana engkau dibawah perintahnya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
agar sentiasa sedar akan keagunganNya,
insafi kekerdilan, kelemahan , kealpaan dan kesilapan dirimu...?
Ketahuilah diriku,
hatimu keras, khusyu’mu kurang,
syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan kepadaNya,
terlalu banyak kurang dan salahmu...

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ dan tenang,
muhasabahlah dirimu kala sunyi,
selamilah kalam- kalam al-quran yang kau perjuangkan,
padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil dan amalan sunat,
ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu,
pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu,
diiringi esak air mata keinsafan dan keikhlasanmu,
kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
di situ ada bekalnya...
lazimilah awal harimu dengan Al- Ma’thurat,
pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
pada tawadhu’ pada ukhuwah fillah, pada infak fi sabilillah,
pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat,
ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
yang bisa memberi nafas kepada hati yang mati,
hati yang turut sama mati
tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit
apatah lagi menghidupkan hati yang mati...

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu...
namun rasailah kekerdilan dirimu
di hadapan kudrat dan iradatNya..

Wahai diriku mengertilah....

Nukilan HE- june 07

13 March 2008

SPM 21 A...



Tahniah kepada adik Azali Azlan, 18 diatas pencapaian cemerlang SPM. Beliau telah diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM dengan mendapat 21A dalam SPM yang lalu. Beliau yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah telah memecahkan rekod yang dicipta oleh adik amalina pada tahun lepas...Tahniah sekali lagi.. moga dapat dimanfaatkan untuk Islam..

12 March 2008

Uzlah Nafsiah.....

Bismillah..
Ya Allah,
Aku melihat di sebalik tabir diriku
Alangkah hina aku disampingMu
Tak berharga
Tak punya nilai
Ya Allah,
Sedikitnya zikir qalbiku padaMu
Banyaknya lalaiku
Tebalnya jahilku dalam makrifatMu
Dosaku menggunung
Ya Allah,
Bantulah aku dalam uzlah ini
Demi penyucian jiwa
Menggapai janjiMu
Ya Allah,
Kuatkanlah aku dan dia
Meredah arus dunia
Membelah lautan ammarah
demi uzlah ini
Ya Allah,
Kaulah Tuhanku
Kaulah Tuhannya
Kaulah pemilik jiwa- jiwa yang tenang
Tenangkanlah hati- hati ini
Ya Allah
Satukanlah hati- hati ini di jalan redhaMu
Pisahkanlah ia di jalan murkaMu
Aku takkan menyesalinya
Wahai tuhanku
-qard_jr (12/3/08)

11 March 2008

Sedikitnya Kesyukuran Kita Berbanding Doa kita..

Assalamualaikum w.b.t.
Sahabat- sahabat pembaca sekalian,
Alhamdulillah kita baru sahaja selesai langkah pertama daripada ribuan langkah- langkah dalam menegakkan kalimah yang suci di muka bumi yang tercinta ini..
Sejenak kita imbau perit maung yang kita harungi sehingga ke saat kita mengecapi nikmat kemenangan hari ini... Berapa banyak doa, air mata, harapan, rayuan yang telah kita panjatkan ke hadrat Rabbul Jalil... Namun setelah diperkenankan segala doa kita.. berapa banyak pula kesyukuran kita kepadaNya??
"Apabila datang pertolongan dan kemenangan daripada Allah, lalu engkau menyaksikan manusia berbondongan datang kepada ugama Tuhan, maka bertasbihlah kepada Tuhan dengan menyucikan dan memujiNya serta pohonlah keampunan daripadaNya."
Semoga dengan kemenangan ini kita dapat mewujudkan lebih banyak model negara Islam untuk dinilai oleh manusia... Kerana keyakinan saya, Islam itu untuk dilaksana bukan untuk di simpan.. namun masih ramai yang ragu apakah Islam adalah pilihan yang boleh diharapkan atau harap menanti belah? Hanya dengan model pemerintahan Islam yang bersifat praktikal boleh meyakinkan mereka ini..Oleh itu, peluang yang diberikan Allah kepada kita ini harap janganlah dipersiakan..