08 January 2008

Kuliah Pengurusan Cinta 2


Assalamualaikum..
Ayuh kita sambung berbicara tentang cinta..

Menjawab soalan terdahulu bagaimana manusia mensyirikkan Allah pada aspek kecintaan..

Jika ditanya kepada para suami apakan anda selesa jika isteri anda mencintai orang lain yang tak sepatutnya dia cintai pada pandangan anda? sudah barang pastilah lelaki yang baik menjawab tidak mungkin.

Jika ditanya pada sang ketua apakah perasaan anda bila mengetahui anak buah anda lebih setia kepada musuh atau orang yang anda benci? sudah tentu semuanya akan terasa hati, nak marah dan meluat.

Ketahuilah, mencintai taghut (semua jenis makhluk yang melalaikan manusia dari cinta Alah) bermakna anda mensyirikkan Allah dari aspek kecintaan. Kerana tumpuan kecintaan kita hanya kepada Allah yang satu.

Jadi bagaimana dengan cinta kepada nabi, ibu bapa, keluarga, sesama mukmin...??? adakah ia juga syirik?

Amatur Angler

Assalamualaikum..

Sahabat sekalian,

Minat yang mendalam terhadap sesuatu aktiviti akan mendorong seseorang untuk berbelanja besar. Secara azalinya bidang memancing atau kini disebut sebagai pancingan rekreasi (recreational angling) merupakan aktiviti kesukaan ana sejak kecil lagi.

Pengalaman mengikuti trip- trip memancing air masin dan air tawar dapat memberikan kepuasan yang maksimum.

Untuk trip terbaru ini ana berbelanja tidak kurang dari RM 200 untuk upgrading peralatan memancing. diantaranya sebuah spinning reel Banax SX 5000 dengan harga RM 108, rod Broadbill bernilai RM 70, Tali tomman 5o lbs berharga RM 29, 2 meter perambut Berkly Vanish 20lbs flourocarbon berharga RM 6 dan Sure Catch multiperpose plyer.

05 January 2008

Kuliah Pengurusan Cinta 1


Cinta merupakan suatu naluri fitrah yang Allah ciptakan bukan sahaja di dalam diri manusia bahkan setiap makhluk. Setiap makhluk yang belum rosak fitrah cintanya pasti menyedari kewujudan rasa sayang, kasih, kasihan, belas, cinta, simpati, cenderung, menyokong, mendokong dan sebagainya.

Ini semua adalah nikmat Allah yang sangat penting untuk kita syukuri. Tetapi sedarkah kita ramai nya manusia mengkufuri nikmat ini?......

Mengkufuri nikmat cinta bermaksud mensyirikkan Allah dalam kecintaan. Bagaimana ya?.....
bersambung..

01 January 2008

Selamat berjuang sahabatku...

Tahniah dan syabas ana ucapkan kepada semua sahabat yang telah berjaya dalam peperiksan yang baru diumumkan beberapa hari lepas. Yang masih belum berjaya teruskanlah berusaha. Pasti pertolongan Allah bersama kalian.

Selamat melangkah ke semester baru....

17 December 2007

Monsoon menjengah jua...


Cuba sahabat- sahabat teka ni rumah siapa?
Ya.. ini penempatan banjir..
Apa yang menarik sangat dengan penempatan banjir tu..?? kat mana- mana pun ada penempatan banjir sekarang..
Sahabat- sahabat,
penempatan banjir ini sangat ekslusif..
Kenapa ana cakap begitu...?
Inilah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan JKR 10.....
Ia dijadikan pusat penempatan mangsa- mangsa banjir di sekitar Kota Bharu..
Seramai 265 orang dari 69 keluarga telah bermalam di dewan kediaman rasmi Menteri Besar, yang terletak di Kampung Sireh sejak tiga hari lalu.
Tiada di mana- mana, hanya di KELANTAN!