11 December 2007

Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (2)



UMNO yang bernafas dengan sokongan mutlak orang- orang Melayu sedar dengan penurunan keyakinan dan kethiqahan terhadap parti, perjuangan dan pimpinannya. Semua orang tahu ‘UMNO BARU’ yang ditubuhkan semula oleh Dr. Mahathir 22 tahun yang lalu sudah tidak mampu membela agenda Melayu apalagi agamanya.

Majoriti rakyat Melayu sedar perjuangan dalam UMNO adalah untuk mencari ‘cable’, kekayaan dan pangkat bagi orang kaya dan duit poket (baca Wang Ihsan) bagi yang miskin. Oleh itu apa lagi modal yang boleh digunakan oleh UMNO untuk menarik perhatian pengundi sasarnya.


Kita dapat lihat pelancaran projek mega koridor Utara, Timur dan Wilayah Iskandar di selatan yang banyak melibatkan kawasan Melayu seolah- olah ternafi begitu sahaja apabila hampir 200,000 rakyat berjaya disatukan oleh BERSIH di ibu negara seolah- olah menggigit jari tuan yang baru saja selesai menaburkan makanan. Sedangkan isu pembangunan merupakan isu pokok yang senantiasa dicanang oleh UMNO dalam mengelabui mata rakyat Melayu.

Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (1)

Suatu perkara yang perlu diketahui oleh orang yang ingin mencebur diri dalam politik dan kepimpinan adalah bagaimana mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan setiap individu dengan mewujudkan suasana pemilikan sepunya (self belonging).

Sebagaimana PAS menyatukan ahlinya berdasarkan Islam, UMNO mengikat kesetiaan ahlinya dengan perjuangan membela Melayu, PKR mengaut sokongan dengan menangguk simpati terhadap Isu Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Oleh itu, semakin ‘alami’ iaitu luas sasaran sesuatu isu pemilikan sepunya yang dapat di eksploitasi maka semakin popularlah pertubuhan atau persatuan itu. Teori ini digunakan sepenuhnya oleh parti- parti politik demi meraih simpati pengundi. Hal ini kerana populariti amat penting demi survival sesuatu parti politik dalam sistem demokrasi.

04 December 2007

Dakwah pada remaja..



Jika kita berhadapan dengan golongan yang hati mereka telah dikotori dan keras, haruslah sentiasa beringat untuk:

-Bertenang-Jangan menilai atau bersangka buruk
-Jangan mengugut atau mendesak
-Bercakaplah ke dalam hati

-Lihat ke dalam mata (eyes contact)

-Bertindak berdasarkan isi/luahan individu tersebut, bukan kepada nada suara

-Mempamerkan emosi cara yang menyentuh dan betul

Ingatlah bahawa setiap manusia dilahirkan sebagai seorang bayi kecil dan kemudian masyarakat, kehidupan dan tindakan/keputusan kita yang membentuk diri kita. Individu yang berdiri di depan anda ketika ini boleh berubah. Mohonlah kepada Allah agar menjadikan diri kita sebagai contoh dalam kehidupan seseorang (be a milestone in someone’s life); yakni bermaksud menjadi titik pusingan ke arah jalan kebaikan.

03 December 2007

Qard senior masuk mustasyfa


Sebuah Renungan buat hatiku....


Pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.