29 October 2007

6 Perkara yang merosakkan ukhuwah




Berdasarkan ayat- ayat dalam surah alHujurat ada enam hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah tetap terpelihara:
Pertama, memperolok-olokan, baik antar individu maupun antara kelompok, baik dengan kata-kata maupun dengan bahasa isyarat kerana hal ini dapat menimbulkan rasa sakit hati, kemarahan dan permusuhan. Manakala kita tidak suka diolok-olok, maka janganlah kita memperolok-olok, apalagi belum tentu orang yang kita olok-olok itu lebih buruk dari diri kita.
Kedua, mencaci atau menghina orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan, apalagi bila kalimat penghinaan itu bukan sesuatu yang benar. Manusia yang suka menghina bererti merendahkan orang lain, dan iapun akan jatuh martabatnya.Ketiga, memanggil orang lain dengan panggilan gelar-gelar yang tidak disukai.
Kekurangan secara fizikal bukanlah menjadi alasan bagi kita untuk memanggil orang lain dengan keadaan fizikalnya itu. Orang yang pendek tidak mesti kita panggil si pendek, orang yang badannya gemuk tidak harus kita panggil dengan si gemuk, begitulah seterusnya kerana panggilan-panggilan seperti itu bukan sesuatu yang menyenangkan.
Memanggil orang dengan gelar sifat yang buruk juga tidak dibolehkan meskipun sifat itu memang dimilikinya, misalnya kerana si A sering berbohong, maka dipanggillah ia dengan si pembohong, padahal sekarang sifatnya justru sudah jujur tapi gelar si pembohong tetap melekat pada dirinya. Kerananya jangan dipanggil seseorang dengan gelar-gelar yang buruk.
Keempat, berburuk sangka, ini merupakan sikap yang bermula dari iri hati (hasad). Akibatnya ia berburuk sangka bila seseorang mendapatkan kenimatan atau keberhasilan. Sikap seperti harus dicegah kerana akan menimbulkan sikap-sikap buruk lainnya yang boleh merosak ukhuwah islamiyah. Kelima, mencari-cari kesalahan orang lain, hal ini kerana memang tidak ada perlunya bagi kita, mencari kesalahan diri sendiri lebih baik untuk kita lakukan agar kita boleh memperbaiki diri sendiri.
Keenam, mengumpat dengan membicarakan keadaan orang lain yang bila ia ketahui tentu tidak menyukainya, apalagi bila hal itu menyangkut rahsia peribadi seseorang. Manakala kita mengetahui rahsia orang lain yang ia tidak suka bila hal itu diketahui orang lain, maka menjadi amanah bagi kita untuk tidak membicarakannya.
Dari huraian di atas dapat kita simpulkan bahwa ketika ukhuwah islamiyah kita dambakan kewujudannya, maka segala yang boleh merosaknya harus kita hindari. Bila ukhuwah sudah terwujud, yang boleh merasakan manfaatnya bukan hanya sesama kaum muslimin, tapi juga umat manusia dan alam semesta, kerana Islam merupakan agama yang membawa rahmat bagi seluruh alam. Kerananya mewujudkan ukhuwah Islamiyah merupakan kebutuhan penting dalam kehidupan ini.

Macam pernah tengok susunan begini!!!


Ramai jugak dulu ana dengar komen- komen tak puas hati tentang konsert tautan kasih kat padang perdana sempena pemasyhuran Kota Bharu Bandaraya Islam. Tak pernah dibuat orang la! apa nak asing- asing, mengongkong kebebasan la.... macam2 lagi lah..
Tapi bila kita tengok susunan plan konsert kat melbourne Australia bulan julai yang lalu nih..

21 October 2007

Hayya 'Alal Falah!!

Akulah....
Anak Falahiah
Walau sekelip cuma aku bersamamu
Namun bukan setitik yang ku teguk
Wacana ilmu hasil cakna
pada agama penyuluh hidup

Akulah.....
Anak Falahiah
Di lapangan dadamu
aku menemui hidupku
aku mengenal cintaku
cinta yang haqiqi
cinta yang beriring tad-hiah
aku mengejar citaku
aku mengejar gemilang
kenal erti juang

TanpaMu siapalah aku.....

09 October 2007

Puisi yang dalam maknanya

Mas kahwin untuk bidadariku
Adalah sekuntum bunga melati
Yang aku petik
Dari sujud sembahyangku
Setiap hari

Buah cintaku
Dengan bidadariku
Adalah lahirnya sejuta generasi teladan
Yang menggendong tempayan- tempayan kemanfaatan
Bagi manusia dan kemanusiaan
Pada setiap tempat
Pada setiap zaman

Mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
Dalam abad- abad yang susah
Abad- abad tidak mengenal Tuhan
Abad- abad hilang naluri kemanusiaan
Abad- abad berkuasa rejim- rejim kemungkaran
Dan mereka tetap kekar dan setia
Membela kebenaran
Dan keadilan

Perjuangan kami berterusan
Sambung menyambung pada setiap generasi
Tak berpenghabisan
Terus bergerak
Mengaliri ladang- ladang peradaban
Seperti cintaku
Pada bidadariku
Yang terus tumbuh
Semakin subur
Dari hari ke hari
Laksana kalimat- kalimat suci
Di hati para solihin
Di hati para nabi.





Dipetik dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra

Jangan tinggal daku Ramadhan!!



Ramadhan,

jangan tinggal daku

belum puas aku bersamamu


Ramadhan,

bisikkan padaku

kita bakal bertemu semula


Ramadhan,

Sungguh aku tak menghargai hadirmu

mungkin pulangmu kerana rajuk


Ramadhan,

Ramadhan,

Ramadhan!!!